Thursday, June 28, 2012

Assalamulaikum. dan salam sejahtera. hihi. 

well well, today date 28 June, dua minggu lebih lebih shj lagi nk masuk bulan Ramadhan Al Mubarak, puasa ganti semua kene settle tau :/  Aku pun tak prepare lagi utk bulan puasa ni, cane nak prepare nafsu makan kuat kalah orang pregnant. asal org pregnant? entah. I dontknow. but baca Quran pun setiap hri tk istiqamah, ikut suka hati mak bapak aku je, time aku nak baca aku baca la. Demmmm, I am BAD. patutlah ustazah khadijah selalu cakap dulu yg iman ni boleh turun dan naik . Haa macam yoyo kan. Buehehehe. Ehh tak baik gelak. Orang ckp psal bende serius kut ni. Ok. Aku nak berubh. Bukan ckp kat kau la blogger woi. Ckp kt diri aku. Nekad la sikit wei wei nk berubah. *mood swing because broadband asyik disconnect pesal kau ni*

So, now I am doing Foudation in Science at Tati-UC. Tk tahu tati tu ape and kat mane? Ade aku kesah. Ahahaha. Tapela, nk wt cane kan, aku mampu masuk Tati ni saje. Tu rezeki aku. huhu. Belajar kat sini best sebab lecturer semua ok2 je haha. Wlaupun hostel jauh 15 minit dari bilik kuliah. ok stop merungut. Aku suka complain kan :( tape jalan jauh pon, mcm la jauh sgt. elehhh eksyen lebih aku. Pang sekalehhh. Aku pang kau balek. Muehehe.  Pastu kafe pon dekat je, jalan 5 minit dari bilik smpai lah kafe idamang. murah beb. suke aku bab jimat cermat ni, hikhok. in a nutshell Tati is ok kalau sape2 yg futher study sini. 

ok lah, aku nk wt sumthing and sumthing, ade lettewww :D hueheu. rindu classmate and bdk dorm, tipu je tk rindu pon XD ahahaaha. kbai.

Friday, June 15, 2012

Hatiku Tersentuh

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera :)

Hari ini aku kembali kepada rutin biasa hidup aku. Iaitu pergi library sampai petang. Sebenarnya bukan aku baca buku sangat pon kat library. Tapi aku suka suasana kat library ni. Kadang kadang aku sorang je duduk kat library. Lagi pon, kat sini ade semua paper, pastu boleh jimatkan duit beli paper. Boleh lah tahu pasal perkembangan semasa kan. Hehe. Pastu ade banyak magazine, aku rasa semua magazine ada. Tak bosan langsung. Serius howkeh. Kalau bosan, boleh jah online. Ade wifi lagi tuh. Maju tak library kat rumah aku. *mukabangga.png*

Tadi sementara tunggu mama amek aku bawak pergi library. Sementara itu aku tengok tv al hijrah. Sebenarnya aku jarang tengok tv al hijrah. Jahat  ah aku. Aku suka tengok al hijrah masa cerita Cafe Annisa' sebab pelakon- pelakonnya comel ah walaupon berhijab. Tu lah siapa cakap kalau pakai tudung tak boleh bergaya kan kan. Ohh, I love Diana Amir. Suke ah tengok dia bercakap, lemah lembut dan bersopan santun kan.


Loike this pic -.-


 Dan aku suka tengok Assalamualaikum yang bersiaran pagi hujung minggu tu. Niatnya aku nak tengok sebab Irma Hasmie jadi pengacara. Hihi. tapi masa first time tengok baru tahu best sangat rupanya mende tu. Banyak info-info menarik dan pengajaran yang boleh dapat daripada program ituh.



Dan sekarang aku sangat admire Assalamualaikum ni. T.T

Berbalik pada point asal nak bagitahu, tadi ada topik menarik di  Assalamualaikum . Tajuknya Gaza - Kesengsaraan Tiada Penghujung. Farrah Adeeba with her cute son dan Finas (Wartawan Al Hijrah) dijemput sebagai tetamu jemputan. Baru lah ku tahu, rupanya Farrah Adeeba itu rupanya Duta Misi Aman ke Gaza. Memang syok ah aku dengar Farrah Adeeba bercerita pasal pengalaman dia pergi sana. Muncul pulak anaknya yang cute, dan cakap omputeh. Anak dia cakap "We say Allahuakbar " . Trolololo, comel sangat anda wahai Muhammad. Tahu tak yang Farrah Adeeba itu bawak Muhammad sekali pergi ke Gaza . Aku sangat tersentuh satu conversation ni. Here we goes. Lebih kurang macam ni lah.

Pengacara: Farrah, kenapa Farrah boleh terfikir nak bawa anak Farrah yang masih kecil pergi bersama misi aman ke Gaza ini. Family Farrah tak halang ke?


Farrah: Saya bawak anak saya ikut ke misi ini sebab saya nak anak saya juga tengok keadaan, kesusahan dan kedaifan di Gaza. Alhamdulillah. keluarga saya tidak menghalang malah sangat supportive. Lagipun, kalau anak saya syahid di sana, inshaAllah syurga menjadi tempatnya sedangkan bila anak besar nanti saya tak mampu nak menjamin dia menjadi ahli syurga ataupun tidak.


Comel kan kan ibu dan Muhammad ^^

Aku terdiam, tak terkata, it make sense apa yang dia cakap kan.  Aku rasa semasa dia sampai kat Gaza tu mungkin dia dah bersedia untuk segala kemungkinan dan risiko yang berlaku. Muka dia tadek la cuak atau takut-takut nak masuk Gaza itu, Dia cakap semasa nak pergi tu tak ada sikit perasaan takut dalam hati ahli-ahli  rombongan ke Gaza tu. Malah mereka ni sangat gembira dan suka untuk pergi ke Gaza. Umat Islam di Gaza ini sangatlah baik, mereka menyambut kedatangan rombongan itu dengan sangat gembira, memeluk ahli-ahli rombongan seperti dah lama kenal. Sayunya diceritakan mereka bertakbir bersama-sama semasa sampai di Gaza. Malah keperitan yang mereka lalui selama ini, mereka tak pernah sesal. Dieorang  anggap itu adalah keberkatan untuk membakar semangat untuk mempertahankan tanah air mereka. Aku boleh rasa, boleh gambarkan perasaan itu. Itulah ikatan persaudaraan sesama Islam yang sebenar- sebenarnya. Serius, aku jeles sebab diaorang mampu nak pergi ke sana. Boleh tengok sendiri keadaan kat sana, boleh bagi bantuan kepada saudara-saudara kita tu. Pengacara lelaki tu siap cakap yang orang Gaza ini sangat sedih bila semua anak - anak mereka mati syahid bukan sebab anak-anak meninggalkan ibubapa mereka kat dunia ini tapi sebab tak ada dah anak yang tinggal untuk untuk berjuang ke jalan Allah, untuk mati syahid dan seterusnya tergolong dalam penghuni syurga, InshaAllah. 

Aku percaya inilah perjuangan yang sebenar-sebenarnya, perjuangan yang mempertahankan agama Allah, perjuangkan yang memegang tali Allah, dan perjuangan untuk melindungi umat Islam di seluruh dunia. Mungkin aku tak layak untuk bercakap pasal agama kan sebab aku pon terhuyung hayang lagi, berdiri tak betul lagi dan belum cukup matang untuk membicarakan semua ini. Tapi aku percaya yang "We are never too young or too old for good deeds".   Those people bagi inspirasi pada aku. Membuka minda aku yang perkara ini kita kena buat sama-sama. Farrah Adeeba ada cakap yang tanah Palestin yang menjadi kiblat pertama kita kan. So please kita kene sama- sama protect tanah suci yang pernah jadi kiblat kita. Aku suka bila wartawan perempuan  itu cakap yang satu- satunya harapan dia semasa menjadi wartawan adalah untuk pergi ke Palestin, melihat keadaan umat Islam di kat sana. She even told her husband before the marriage to allow her for going there. Aku pun rasa nak ada impian macam itu. Pergi ke Gaza untuk menziarahi and tolong sedikit sebanyak yang mampu umat Islam kat sana. Yelah, kalau bukan kita sesama saudara Islam yang nak tolong, siapa lagi yang nak tolong kan? Jadi, sekarang aku betul-betul bersemangat untuk membantu umat Islam kat Gaza itu, tak kira lah dari jauh atau dekat. Caranya pasti ada, yang penting usaha kan. May this feeling liberated Ya Allah :)


p/s: Pepatah Arab ni aku terbaca di Farrah Adeeba Offical Page, tapi aku sangat tertarik.
"Terus menuntut hutang anda , pasti akhirnya yang berhutang akan membayar"