Thursday, April 26, 2012

Tips Temuduga/Interview Biasiswa Yayasan Terengganu

Assalamualaikum. 

Sewaktu dapat mesej daripada Yayasan Terengganu (YT) untuk IQ test, eksaited sangat kut. Tanpa memikirkan saingan-saingan yang bakal dihadapi, konon macam biasa kene interview. Sangat tak biasa. 

First kitaorang harus buat IQ Test, aku dapat sesi pertama. IQ Test kene amek kat Wisma Seri Amar, kat sebelah YT aje pong. Sesi pertama dalam jam 8.30 sampai 9.30. Kene daftar diri and boleh check waktu interview (IV). Aku iv keesokan harinya. Serius ah, aku siket pon tak nervous. Dasar la kau kan. Siap aku boleh upload gambar dewan test dalam 5 minit before start dalam facebook. Bapak macho ah aku. Sekali jawab soalan tu, berpinar mata. Ha, amek kau. Oleh itu, aku terpaksa menggunakan gun aku untuk shoot answer.

IQ testnya berbentuk seperti berikut :
Ada soalan gambar banyak ikut urutan pastu aku kene cari yang next sequence gambar itu. Gambarnya bentuk tipikal sahaja tapi susah nak ditafsir. Google saja soklan iq test alah tu pasti ada. Hendak seribu daya owkeh . Pastu ada soalan matematik simple macam tu ah. Bebenornye tak ah simple because aku tak boleh jawab. Tipsnya anda anda perlu berfikir di luar kotak dan kena buat banyak latihan IQ dalam tenet jah.

IV:
Kawan aku iv petang lepas IQ test, memang kaw kaw ah aku usha dia pasal iv dia. Dia iv kul 3.30 tapi siap dekat 5 lebih. Barulah aku tahu sebenor-benonye iv sequence sape iv dulu ikut sape yang daftar dulu. Kalau kau datang awal pastu terus daftar, awal lah kau iv. Haha. Masa tu aku baru mula rasa takut dan nervous. Tatotnya itew Lutut ak terketar-ketar. Kawan aku siap saket perut ah, memulas perut lah, debor sangat lah. Mase tu aku rase nak balik rumah, tak nak pergi iv tu. Tup tup tup number tag aku kene panggil, aku segroup dengan budak sekolah aku and senior aku. Nice. Haha. Seram sangat kut masa nak masuk meeting room tu. Masa aku punya iv panelnya tinggal dua orang. Apesal tak tahu ah sebab sepatutnya panelnya empat orang. Sorang doktor and sorang ustaz. Ustaz tu yang memula tanya pasal NKRA. Disebabkan aku study benda itu, aku dapat lah jawab maksud dan tujuan benda itu. *Bangga.gif* Soalannya banyak tertumpu pada isu semasa seperti PTPTN, 1Malaysia, One Care, ETP and many more lah. Pastu ada ustaz tu tanya pasal hospital swasta and hospital kerajaan. Aku cakap lah kalau aku nak hospital swasta. Dia tanya apesal. Aku pon dengan ngeknya jawab sebab terjamin. Hehe. Sangat tak pasal okeh. Dia cakap ohh hospital swasta terjamin, so hospital kerajaan tak terjamin lah? Ehh, ustaz ni nak provoke aku pulak. Blank ah aku masa tu, nak jawab ape ni. Belum sempat jawab, a girl yang sangat talkative menyampuk. After that, kebanyakan soklan, semua dia yang dapat jawab. Aku menyampuk siket siket je. Sedih wehh. Pengajarannya, sebelum nak pergi iv ni, kene buat research banyak banyak pasal isu semasa and senarai menteri menteri kat Malaysia. Ada jugak ditanya. Sebab aku pun ditanya siapa nama KSU Menteri Kesihatan. Nak je jawab pesal tanya aku, cari ah sendiri. Wekkk. Okeh, first time aku rasa takut sangat sampai terketar lutut. Group aku 6 orang masuk iv jadi kena berebut nak bercakap. Kalau kau pendiam , naseb kau ah terpinggir. Okeh, Itu je lah yang mampu dishare. Sorry for the shortcomings, All the best untuk generasi akan datang yang nak apply YT ni -.-